my online life

my online life

♥ FOLLOW ME HERE ♥

Selasa, 22 Julai 2014

Tolong Lah Jadi Diri Sendiri :')

Hai semua :) ye ye tembam nak update lah ni . Haishh
tak sabo sabo -,-
papehal raya nak dekat ni . Teman apa tahun ni ? 
Tahun ni tembam tema merah , purple and hitam :'D
Banyak ? hehe sebab ada kenduri :3
Dah dah focus dekat entri kali ni:)



Orang lain boleh menilai kamu mengikut apa yang mereka rasa, mereka tahu
mengenai kamu. Mereka boleh berkata apa sahaja mengikut apa yang mereka rasa
di dalam hati mereka dan apa yang mereka fikirkan.. Biarkan sahajaa ... kerana kita hanya
manusia biasa , kita tak lepas dari melakukan kesilapan. Oleh itu jangan pernah untuk meminta 
maaf kepada sesiapa jua yang pernah kamu sakiti.. Dan jangan pernah lupa untuk memaafkan 
kesalahan orang lain. Jangan sesekali menyimpan dendam amanah, kerana ia akan menyebabkan
kehidupan semakin parah dan huru hara. Jangan pernah sesekali kamu melakukan perbuatan yang
sia-sia dan membuang masa untuk berusaha menjatuhkan orang lain.

Kita sebagai manusia biasa takkan pernah dapat untuk memuaskan hati semua pihak , dan kita juga
takkan pernah dapat membuat semua orang suka pada kita. 
Itu adalah lumrah kehidupan !!
kenapa ??? 
kerana kita cuma manusia biasa.
Oleh itu kenapa perlu jadi orang lain ??
kenapa perlu terikut-ikut dengan kehendaak sekeliling??
Bukankah menjadi diri sendiri itu lebih baik ?? 
setiap diri kita mempunyai identiti sendiri..
maka dengan itu kita bebas menjadi diri sendiri ..

Pendapat tembam : Biarlah apa sahaja orang nak kataa pada kita . Biar lah hina sekali pun.
Biarkan ia berbalu seperti angin .. Jangan lah di masukkan dalam hati..
kerana nanti kita yang akan sengsara ..Apa yang perlu kamu lakukan ??
Sentiasa berfikiran positif dan ambillah segala kata-kata negatif yang
dilemparkan kepada kamu atau perbuatan berbaur dengki itu sebagai
asam garam kehidupan dan sentiasalah berlapang dada dan serta bersabar
dalam  mengahadapi saat-saat akhir sukar.Kamu harus kuat dan tabah :)



Entri kali ni agak pendek sebab mood down hari ni :') Hope kamu semua faham dan 
hayati apa yang tembab kongsikan pada kamu semua :) 
Bye
Assalamualaikum

Tiada ulasan :

Catat Ulasan