my online life

my online life

♥ FOLLOW ME HERE ♥

Jumaat, 8 Ogos 2014

KITA TIDAK PERLUKAN HARI KEKASIH


hai semua . hari ni rajin pulak rasa nak mengupdate ni :'D
Hari ni tembam nak kongsi satu soalan ni . 
Syaitan sentiasa melaksanakan tugasnya untuk menyesatkan
manusia. Tambahan pula jika ada perkara yang melibatkan
hubungan antara lelaki dan wanita, maka semakin mudah
kerja syaitan. Maka Nabi s.a.w melarang lelaki dan wanita
yang bukan mahram daripada berdua duaan kerana pasti
ada yang ketiga iaitu syaitan. 14 Januari merupakan tarikh
keramat yang diingati sebagai valentine's day atau hari
kekasih. Budaya menyambut Hari Kekasih ini semakin
popular dalam kalangan umat islam. Malahan ada yang
sanggup bersusah payah mengumpul wang bertujuan untuk
membeli hadia kepada kekasih hati bersemperna hari tersebut. 

BOLEH KAH ORANG ISLAM MENYAMBUT HARI KEKASIH DENGAN
PANGGILAN LAIN VALENTINE'S DAY ??????



Bolehkah umat Islam menyambut Valentine's Day ??

JAWAPAN

Umat islam tidak sewajarnya menjadikan budaya meniru secara membuta
tuli dalam melakukan sesuatu dalam kehidupan mereka. Umat Islam juga
tidak sepatutnya terus ditipu dan diperdaya oleh syaitan dan musuh2 Islam
yang sentiasa ingatkan kehancuran terhadap masyarakat Islam .
Firman Allah mafhumnya :
"orang Yahudi dan Nasrani tidak akan reda
kepada kamu sehinggalah kamu mengikuti 
agama mereka. katakanlah :
" sesungguhnya petunjuk Allah itulah pertunjuk 
(yang sebenarnya). Dan sesungguhnya jika 
kamu mengikuti kemahuan mereka setelah
pengetahuan datang kepadamu, maka Allah
tidak lagi menjadi perlindung dan penolong
bagimu. " (surah al-Baqarah:120)
 Maka umat Islam hendak lah menggunakan falsafah iqra' dalam menilai
sesuatu perkara yang hendak dilakukan. Jadikanlah al-Quran dan sunnah
sebagai panduan agar kita tidak tersasar daripada kebenaran. Kajilah asal
usul perayaan tersebut. Allah mengingatkan mafhumnya : "dan janganlah 
kamu mengikut apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya.
Sesungguhnya pedengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan 
dipertanggungjawabkan." (surah al-Isra ' : 36)

Bagaimanakah kalau pada hari itu kita membuat acara
dan sambut juga tetapi dengan niat memperingat insan
tersayang seperti ibu bapa atau guru-guru ??? 

JAWAPAN 

Sebenarnya uam Islam kita tidak perlukan Valentine's Day untuk mengingat
seseorang yang dikasihi dan dicintai . Ini kerana Islam sememangnya menggalakkan
umatnya kasih mengasihi sesama sendiri sepanjang waktu tanpa menetapkan pada
hari-hari tertentu atau berkala sahaja. Bahkan dalam Islam haram hukumnya
jika kita bertegur sapa sesama saudara Muslim selama tiga hari berturut turut.
Jadi amalan atau budaya Islam sendiri sudah terbukti jauh lebih baik daripada
yang lain. Tambahan pula berkasih sayang dalam Islam tidak terhad kepada
golongan tertentu. Sebaliknya ia meliputi semua pihak dengan keutamaannya
diberikan kepada ibu bapa, suami , isteri, keluarga, saudara Muslim dan manusia
keseluruhannya. Orang yang dapat kemanisan Iman ialah mereka yang dapat
menjalinkan kasih sayang antara sesama manusia semata mata kerana Allah , 
bukan kerana pangkat , kebendaan dan sebagainya. Perasaan kasih sayang itu 
bertunjangkan aqidah tauhid kepada Allah yang seterusnya dapat membina
perpaduan yang utuh sesama kita. 
Rasulullah bersabda yang bermaksud : " Tidak sempurna iman seseorang
daripada kamu sehinggalah dia mencintai bagi saudaranya apa yang dia
cintai bagi dirinya sendiri. " ( Riwayat al-Bukhari )

Khamis, 7 Ogos 2014

Bila RINDU seseorang , Apa perlu kita buat ? ♥



Hai semua . Hari ni rasa nak share something. Apa yang nak aku kongsikan
ni mungkin ada yang dah tahu dan ada jugak yg maybe tak tahu lagi. So apa
kata you all try (':
Kita mesti selalu rindukan seseorang ? kan ? terutamanya orang yang kita 
sayang dan cinta. Tak kiralah mak aayaah ke, orang " ISTIMEWA " ke kan.
Mesti ada rasa RINDU tu kan. Aku pun hari-hari mengalami perasaan macam
ni. dan sekarang pun sedang mengalami. 
Macam mana kita nak bagi tahu dekat orang yang kita sayang tu yang betapa 
kita rindukan dia. Mintalah pertolongan Allah S.W.T . Bila kita sampaikan 
kepada-Nya. In Shaa Allah , dia sentiasa mendengar setiap rintihan umat-Nya
tanpa ada rasa jemu. Perkara paling penting ialah NIAT. Jika niat kita betul 
dan ikhlas . In Shaa Allah semuanya akan dipermudahkan lagi urusan oleh-Nya.

Doa ni dipetik dari doa Nabi Yusuf dikala merindui Zulaikha.

" Ya Allah,  sampaikanlah rindu ku kepada ..... ( nama penuh orang 
yang kita rindu ) 
sehingga menjadi kerinduaanya . Aminn (':

ataupun

" kalau rindu seseorang , baca ALfATIHAH sambil tangan
di dada. Dan berzikir kepada Allah dengan niat semoga 
dia merasai rindu kita padanya " 

Yang penting niat perlu betul dan ikhlas . 
Salam beramal 

Salam sayang
INTAN MUNIRAH

Rabu, 6 Ogos 2014

Kawan Baik Tapi Kenapa Kawan Baik Sendiri Yang Menyakitkan Hati??

hai semua . Dah lama tak upload . sorry guys entri sebelum ni tembam
hide sebab ada kritikal sikit :3 Mohon maaf Mohon ampun yee (':
Entri kali agak sensitif sikit ('; Almaklum lah dari luahan hati seendiri (':


Hati ni seperti dirobek (': 

Pedih woiiiii !!

Itulah yang dirasa apabila kita terkena dengan kawan karib 
kita sendiri, yang memang telah dianggap seperti family sendiri (':
Memang sesuatu yang normal bagi seseorang manusia untuk berasa sakit hati.
Itu fitrah untuk merasakan gembira atau sedih.Apatah lagi kita dicipta oleh 
Allah sebagai makhluk yang bersosial yang mustahil untuk melepas daripada
kekhilafan.
Mungkin, jika hati ni sakit pada mereka yang tidk rapat dengan kita , kita
tidak akan ambil pusing sangat kan ? Who them to us ?? Kannn ????????
Tapi bila terkena dengan sahabat yang dianggap baik dengan kita selama
ni, it's feel tort apart inside. Memang sakit.Tapi tanpa luka.
Mungkin kita tidak dapat tersenyum, even untuk menutup perasaan ini 
daripada dibaca oleh orang lain (': walaupun pada hakikatnya kita tidak
mahu orang lain mengetahui kesedihan yang menimpa kita.

KAWAN BAIK

Hati ni memang suatu organ yang sensitif, super sensitif , sebab hanya 
dengan kata-kata pun boleh menyebabkan ia luka (': Kalau difikirkan balik , 
memang harus lah Islam melarang anak berkata walaupun "uh!" kepada ibu 
kita, sebab dia pernah jadi kawan kita selama 9 bulan. Makan , kerja dan tidur
bersama.Mungkin benda tu nampak simple bagi kita, tapi bagi mereka yg benar
benar sayang pada kita , perkataan tu sangat menyakitkan. Begitu lah juga bagi
sahabat baik. Mungkin selama ni kita pernah terasa dan sakit hati , tetapi mampu
cover tu semua dengan baik (': Tapi sampai pada satu tahap , kita tidak menerima 
perbuatan atau perkataan dia. Kutuk mengutuk tu perkara biasalah. Tapi perkara
yang paling serious  daripada itu, mybe rasa nak terajang dengan cincang2 aje :3
Tapi tak sampai hati (': 
Sabar, sabar dan sabar (':
Tak perlulah kita membenci dia . tak perlu balas dendam. Anggap sahaja itu suatu ujian.
Apapun perkata daripada dia untuk kita , walaupun sangat menguris hati, tentu itu terjadi
dengan izin Allah . Anggap sahaja ni hanya episod atau ujian yang harus kita lalui 
untuk menguji keiman kita :)

MEMAAFKAN 

Dia pernah menjadi sahabat baik kita, pasti terselit kebaikan yang  pernah dia lakukan
kepada kita. Oleh itu maafkan lah dengan ikhlas dan dada yang lapang .

Yaa , dengan ikhlas (': 

KENAPA ?

Orang yang ikhlas selalu percaya bahawa Allah akan sentiasa memberikan yang terbaik
untuk hambanya .Orang yang ikhlas  akan lebih mudah menangani hatinya untuk selalu
menyerah segala nya kepada Allah (': 
Hanya kepadaNyalah dia menggantung harapan : 

" memang sukar membiarkan cinta membimbing kita 
bila hati kita disakiti "

Tetapi biarpun luka hati itu kecil atau besar tidak akan 
boleh benar-benar bahagia sebelum memberi maaf
dengan keikhlasan.

Nescaya kita akan bahagia (':

kawan sejati ambil berat macam seorang ibu, marah macam seorang 
ayah , bergurau macam adik beradik dan menyanyangi lebih dari seorang kekasih  (':




Selasa, 22 Julai 2014

Tolong Lah Jadi Diri Sendiri :')

Hai semua :) ye ye tembam nak update lah ni . Haishh
tak sabo sabo -,-
papehal raya nak dekat ni . Teman apa tahun ni ? 
Tahun ni tembam tema merah , purple and hitam :'D
Banyak ? hehe sebab ada kenduri :3
Dah dah focus dekat entri kali ni:)



Orang lain boleh menilai kamu mengikut apa yang mereka rasa, mereka tahu
mengenai kamu. Mereka boleh berkata apa sahaja mengikut apa yang mereka rasa
di dalam hati mereka dan apa yang mereka fikirkan.. Biarkan sahajaa ... kerana kita hanya
manusia biasa , kita tak lepas dari melakukan kesilapan. Oleh itu jangan pernah untuk meminta 
maaf kepada sesiapa jua yang pernah kamu sakiti.. Dan jangan pernah lupa untuk memaafkan 
kesalahan orang lain. Jangan sesekali menyimpan dendam amanah, kerana ia akan menyebabkan
kehidupan semakin parah dan huru hara. Jangan pernah sesekali kamu melakukan perbuatan yang
sia-sia dan membuang masa untuk berusaha menjatuhkan orang lain.

Kita sebagai manusia biasa takkan pernah dapat untuk memuaskan hati semua pihak , dan kita juga
takkan pernah dapat membuat semua orang suka pada kita. 
Itu adalah lumrah kehidupan !!
kenapa ??? 
kerana kita cuma manusia biasa.
Oleh itu kenapa perlu jadi orang lain ??
kenapa perlu terikut-ikut dengan kehendaak sekeliling??
Bukankah menjadi diri sendiri itu lebih baik ?? 
setiap diri kita mempunyai identiti sendiri..
maka dengan itu kita bebas menjadi diri sendiri ..

Pendapat tembam : Biarlah apa sahaja orang nak kataa pada kita . Biar lah hina sekali pun.
Biarkan ia berbalu seperti angin .. Jangan lah di masukkan dalam hati..
kerana nanti kita yang akan sengsara ..Apa yang perlu kamu lakukan ??
Sentiasa berfikiran positif dan ambillah segala kata-kata negatif yang
dilemparkan kepada kamu atau perbuatan berbaur dengki itu sebagai
asam garam kehidupan dan sentiasalah berlapang dada dan serta bersabar
dalam  mengahadapi saat-saat akhir sukar.Kamu harus kuat dan tabah :)



Entri kali ni agak pendek sebab mood down hari ni :') Hope kamu semua faham dan 
hayati apa yang tembab kongsikan pada kamu semua :) 
Bye
Assalamualaikum