my online life

my online life

♥ FOLLOW ME HERE ♥

Jumaat, 8 Ogos 2014

KITA TIDAK PERLUKAN HARI KEKASIH


hai semua . hari ni rajin pulak rasa nak mengupdate ni :'D
Hari ni tembam nak kongsi satu soalan ni . 
Syaitan sentiasa melaksanakan tugasnya untuk menyesatkan
manusia. Tambahan pula jika ada perkara yang melibatkan
hubungan antara lelaki dan wanita, maka semakin mudah
kerja syaitan. Maka Nabi s.a.w melarang lelaki dan wanita
yang bukan mahram daripada berdua duaan kerana pasti
ada yang ketiga iaitu syaitan. 14 Januari merupakan tarikh
keramat yang diingati sebagai valentine's day atau hari
kekasih. Budaya menyambut Hari Kekasih ini semakin
popular dalam kalangan umat islam. Malahan ada yang
sanggup bersusah payah mengumpul wang bertujuan untuk
membeli hadia kepada kekasih hati bersemperna hari tersebut. 

BOLEH KAH ORANG ISLAM MENYAMBUT HARI KEKASIH DENGAN
PANGGILAN LAIN VALENTINE'S DAY ??????



Bolehkah umat Islam menyambut Valentine's Day ??

JAWAPAN

Umat islam tidak sewajarnya menjadikan budaya meniru secara membuta
tuli dalam melakukan sesuatu dalam kehidupan mereka. Umat Islam juga
tidak sepatutnya terus ditipu dan diperdaya oleh syaitan dan musuh2 Islam
yang sentiasa ingatkan kehancuran terhadap masyarakat Islam .
Firman Allah mafhumnya :
"orang Yahudi dan Nasrani tidak akan reda
kepada kamu sehinggalah kamu mengikuti 
agama mereka. katakanlah :
" sesungguhnya petunjuk Allah itulah pertunjuk 
(yang sebenarnya). Dan sesungguhnya jika 
kamu mengikuti kemahuan mereka setelah
pengetahuan datang kepadamu, maka Allah
tidak lagi menjadi perlindung dan penolong
bagimu. " (surah al-Baqarah:120)
 Maka umat Islam hendak lah menggunakan falsafah iqra' dalam menilai
sesuatu perkara yang hendak dilakukan. Jadikanlah al-Quran dan sunnah
sebagai panduan agar kita tidak tersasar daripada kebenaran. Kajilah asal
usul perayaan tersebut. Allah mengingatkan mafhumnya : "dan janganlah 
kamu mengikut apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya.
Sesungguhnya pedengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan 
dipertanggungjawabkan." (surah al-Isra ' : 36)

Bagaimanakah kalau pada hari itu kita membuat acara
dan sambut juga tetapi dengan niat memperingat insan
tersayang seperti ibu bapa atau guru-guru ??? 

JAWAPAN 

Sebenarnya uam Islam kita tidak perlukan Valentine's Day untuk mengingat
seseorang yang dikasihi dan dicintai . Ini kerana Islam sememangnya menggalakkan
umatnya kasih mengasihi sesama sendiri sepanjang waktu tanpa menetapkan pada
hari-hari tertentu atau berkala sahaja. Bahkan dalam Islam haram hukumnya
jika kita bertegur sapa sesama saudara Muslim selama tiga hari berturut turut.
Jadi amalan atau budaya Islam sendiri sudah terbukti jauh lebih baik daripada
yang lain. Tambahan pula berkasih sayang dalam Islam tidak terhad kepada
golongan tertentu. Sebaliknya ia meliputi semua pihak dengan keutamaannya
diberikan kepada ibu bapa, suami , isteri, keluarga, saudara Muslim dan manusia
keseluruhannya. Orang yang dapat kemanisan Iman ialah mereka yang dapat
menjalinkan kasih sayang antara sesama manusia semata mata kerana Allah , 
bukan kerana pangkat , kebendaan dan sebagainya. Perasaan kasih sayang itu 
bertunjangkan aqidah tauhid kepada Allah yang seterusnya dapat membina
perpaduan yang utuh sesama kita. 
Rasulullah bersabda yang bermaksud : " Tidak sempurna iman seseorang
daripada kamu sehinggalah dia mencintai bagi saudaranya apa yang dia
cintai bagi dirinya sendiri. " ( Riwayat al-Bukhari )

Tiada ulasan :

Catat Ulasan